Kalau Rasa Hidup Ni Tak Bernilai, Baca Ni

Life begins at 1.

Bukan satu seperti satu yang kita anggap masa tu. Bukan ikut tahun.

Tapi ikut detik.

Detik pertama kita buka mata itulah waktu kita. Waktu hidup kita bermula. Ramai orang hidup dengan pelbagai mimpi dan kebanyakan mimpi kita adalah indah-indah belaka. Hidup ini macam tulah: kalau takde mimpi indah, tidak rasalah nikmat hidup dunia.

Semua orang ada kisah mereka yang tersendiri. Itu tak dapat kita nafikan. Hidup ini bukanlah sesuatu yang kita sangkakan hanya satu perjalanan yang mudah.
Tak.

Hidup ini ada pelbagai jenis perjalanan. Dan tak tahu pun sama ada ianya bagus ataupun tidak. Kita kena lalui barulah kita tahu sama ada kita mahukannya ataupun tidak.

Ramai orang bimbang. Bimbang yang hidupnya tersalah arah. Ada yang sampai mahu membunuh diri sebab terlalu terkesan dengan keadaan yang membelengui diri.

Hidup!

Hidup saya katakan. Diri cik dan encik semuanya berharga. Mana tahu apa jenis contribution yang boleh diberi kepada dunia. Yang akan mengubah apa yang negatif itu menjadi positif.

Perasan kan?

Hidup ini semuanya pelbagai. Pelbagai onak duri kehidupan. Mungkin sebab itu kehidupan dipanggil kehidupan. Bunyi “dup” bila hati kita berdegup. Dan “hi” untuk “hihi” iaitu bunyi bila kita tersengih. (Oh semua tu tidak ilmiah ya, hanya kata-kata saya semata-mata).

Tak banyak yang kita boleh buat sebenarnya. Sekurang-kurangnya kita kena tempuh hidup dengan apa yang boleh kita buat.

Jangan takut. Jangan bimbang. Perjalanan hidup anda masih jauh lagi.

Anda Rasa Nak Bunuh Diri?

Pernah tak ada perasaan nak bunuh diri?

Macam rasa dunia ni dah cukup menghukum diri. Macam rasa cukuplah apa yang dunia bagi selama ni.

Kadang-kadang nak tamatkan hidup ni bukan pasal ada apa-apa pun tapi sebab teringin rasa nak mati.

Masa untuk tamatkan diri.

Statistik menunjukkan bahawa, 40 orang cuba membunuh diri… Setiap saat.

Entah berapa ramai daripadanya itu adalah statistik adalah orang Malaysia.

Banyak sebenarnya sebab kenapa orang ingin membunuh diri mereka sendiri.

Antara sebabnya ialah hati dipatahkan, tak dapat memaafkan diri sendiri tentang kesalahan dulu-dulu, pelaburan melebur, kematian orang tersayang, dan juga mereka yang mengalami kemurungan (depression).

sebab-bunuh-diri

Jangan bunuh diri anda. Ada perkara lagi yang boleh anda buat dalam dunia ni.

Cuba tengok siling rumah anda. Cuba fikir.

Kalau mati rasanya apa penamat kita? Kalau anda percaya kepada Tuhan, anda akan disoal.

“Kenapa kamu bunuh diri?”

Apa yang nak anda nak jawab?

“Hidup saya susah sangat saya tak dapat terima yang hidup saya susah sangat jadi saya tamatkan hidup saya.”

Kita duduk dalam negara yang orang sanggup berdayung dalam bot kecil untuk datang dan mencari rezeki.

Di dalam dunia ini ada yang hidup lagi susah daripada kita.

Walaupun sekarang anda berada dalam neraka dunia… anda perlu teruskan hidup anda.

kalau anda tidak percayakan kehidupan lepas mati, maknanya lepas anda bunuh diri, anda akan… Tamat selama-lamanya.

Tidak ada selepas ini untuk anda.

Guna masa yang ada dalam dunia ni untuk selesaikan masalah anda.

Mungkin tak ambil masa sehari. Mungkin tak ambil masa sebulan. Mungkin bertahun-tahun baru selesai masalah.

Yang penting ialah hidup anda sangat berharga.  Harga untuk nyawa anda itu terletak di dalam tangan anda sendiri. Anda tentukan harganya.

Dan kalau anda tanya saya, saya akan jawab, “saya percaya yang awak boleh ubah hidup awak menjadi lebih baik.”

Dalam kedua-dua keadaan, anda berada dalam satu keadaan yang tidak baik.

Pengakhiran anda di dunia ini hanyalah permulaan kepada hidup yang lebih teruk selepas itu ataupun penamat hidup anda untuk selama-lamanya dan anda tidak boleh lagi mengulangi hidup ini.

Sebab utama orang bunuh diri sebab mereka rasa sangat susah. Susah sangat hidup ni.

Rasa gelap sangat hidup. Tiada lampu di tepi jalan yang menemani.

Rasa banyak gila masalah yang tengah hadapi pada masa tu. Tak dapat nak terbayangkan sakitnya tu.

Macam… dah, cukuplah sampai sini hidup ni. Baik tamatkan je.

Tak tahu nak luahkan dekat siapa semua yang terpendam ni.

Rasa kecil je.

Macam… tertutup segala-galanya.

Takde pintu keluar.

Pintu tu, anda sendiri yang kena buka.

Kita bukan macam binatang je. Kita ada otak. Kita boleh fikir. Kita macam satu tahap lagi tinggi daripada binatang tu.

Kalau binatang, dia akan fikir cara untuk hidup.

Dan untuk kita, kita kena berhentikan otak kita yang tahapnya lagi tinggi daripada binatang dan gunakan naluri mamalia yang ada dalam kita.

SURVIVE.

HIDUP.

Yalah, hidup ini memang susah. Tipulah ada orang hidup takde masalah. Lagi terkenal orang tu, lagi macam-macam masalah. Tak percaya tengok Shahila. Buat apa-apa pun ada je yang mengata.

Apa yang anda kena buat kalau rasa tertekan gila-gila?

Anda kena luahkan perasaan.

Luahkan perasaan bukan bermakna anda seorang yang lemah tetapi anda tidak mahu fikiran anda terlalu banyak masalah sehingga tidak dapat berfikir secara objektif.

Boleh tulis segala kegeraman anda atas kertas dan campak kertas tu. Ataupun senam kuat-kuat. Ataupun buat push-up banyak-banyak.

Tulis dekat atas kertas segala-galanya yang anda nak cakap dan lepaskannya atas kertas tu. Kemudian, gumpal kertas tu and then baling dekat dinding.

Dan buat aktiviti fizikal sikit. Jangan tumbuk dinding, takut tangan retak. Tapi boleh lari. Joging ke. Apa-apa yang fizikal. Nak lepaskan semua perasaan geram tu.

Kalau ada kawan, boleh cerita semua masalah ni dekat kawan. Tapi make sure yang boleh dipercayai je!

Bila dah lega rasa geram dan rasa nak bunuh diri tu… baru boleh fikir dengan waras sedikit.

Untuk selesaikan sesuatu masalah, kita perlu menjadi objektif. Objektif dalam selesaikan masalah.

Bunuh diri tidak akan selesaikan masalah.

Dan anda akan merugikan diri anda sendiri. Cuba cakap dengan seseorang mengenai masalah anda.

Jika anda betul-betul rasa anda keseorangan dan tidak tahu nak hubungi siapa, cuba hubungi kami dengan menggunakan halaman hubungi kami yang disediakan.

Kami di sini bukannya ustaz.

Kami tidak akan menghukum anda. Kami di sini cuba membantu dan bukannya ustaz segera. Dan bagi kami, rasa ingin membunuh ini adalah satu luahan apabila terlalu banyak masalah dipendam di dalam hati.

Kalau anda nak tahu mengenai hukum membunuh diri, anda boleh cari di laman web lain. Di sini, kalau anda nak bunuh diri ke apa, hubungi kami. Kami akan cuba bantu dengar masalah anda. Menjadi teman apabila anda dalam kegelapan.

Manfaat Berhenti Onani Yang Anda Tak Tahu

Manfaat berhenti onani?

Biar saya ceritakan kepada anda dalam post ni.

Ini adalah sedutan bab daripada satu e-book yang sedang saya siapkan mengenai “Langkah Pertama“, iaitu suatu e-book yang ditulis untuk mereka yang mahu berhenti onani dan melakukan aktiviti yang memberi impak positif dalam hidup mereka.

Saya menulis perenggan ini pada pukul 10:13 pagi pada hari Sabtu. Sekarang ini seorang sahaja di rumah. Tidak ada sesiapa yang akan menganggu saya pada waktu ini.Saya boleh menggunakan masa ini untuk melakukan aktiviti yang kita bincangkan dalam e-book ini ataupun saya boleh menulis kepada anda, si pembaca, mengenai manfaat berhenti menonton bahan lucah dan onani.

Dan ini hasilnya.

Semuanya seperti jelas.

Apa manfaat berhenti onani?
Apa manfaat berhenti onani ya?

Tidak kabur.

Itu adalah salah satu manfaat yang dilaporkan apabila berhenti onani. (Untuk makluman kalau tak tahu, onani dan melancap itu perkara yang sama).

Apabila orang telah berhenti menonton bahan lucah dan onani, mereka melaporkan pelbagai manfaat.

Sama ada itu hanya placebo ataupun tidak, ramai orang berjaya mengubah hidup mereka selepas mereka berjaya untuk mengatasi ketagihan ini.

Ketagihan ini bukan mudah. Macam yang anda baca dalam bab-bab sebelum ini, ketagihan ini seperti sesuatu dadah. Responnya seperti dadah, dan otak memprosesnya seperti dadah. Itu yang menyebabkan onani ini sesuatu yang sangat merbahaya. Bahaya bukan kerana tidak mampu kita lawan, tetapi ianya seperti satu lawan yang sangat besar untuk kita lawan.

Dan selalunya kita akan kalah kerana ia sesuatu yang sangat sedap untuk kita rasai.

Cuma di dalam e-book ini anda sendiri sudah tahu bahawa apa yang sedap tak semestinya bagus untuk kita.

Bukan sedap je yang kita nak. Tapi yang lagi baik untuk diri kita ialah sedap dan bagus.

Di dalam bab ini saya akan ceritakan beberapa perkara yang menarik iaitu manfaat-manfaatnya.

Apa sebenarnya manfaat-manfaat setelah kita berhenti menonton bahan lucah dan onani?

Jom kita perg satu demi satu manfaatnya.

Pemikiran Lebih Jelas

Itulah manfaat pertama yang saya tulis di dalam bab ini pada pembukaan buku ini. Manfaat ini bagi saya sangat bermanfaat terutama sekali dalam menangani hidup kita yang serba mencabar sekarang ini.

Apabila kita mempunyai fikiran yang lebih jelas, kita akan mampu melakukan lebih banyak perkara antaranya ialah mampu untuk menangani situasi yang sukar dan mencabar.

Bagi saya itu manfaat berhenti onani paling besar bagi diri saya.

Cuba baca apa yang ditulis di bawah.

Ini ialah hari ke-21 tidak PMO tidak MO. Selalunya akan ambil masa 10 hari untuk perasan perbezaan dalam tahap tenaga saya.  Saya 47 tahun. Pada hari ke-21 saya lebih bersemangat semasa bekerja, mempunyai lebih banyak tenaga sepanjang hari dan secara umumnya rasa lebih positif tentang hidup ini. Saya rasa saya berfikir dengan lebih jelas lagi dan lebih tenang semasa dalam situasi yang menekan. Masih perlu membaiki diet saya dan gerakkan bontot ni ke gim, tapi kalau tahap tenaga saya terus begini, saya percaya ini akan menjadi satu cabaran yang kurang daripada sebelum ini.

Disiplin Kendiri: Disiplin Yang Semakin Tinggi

Salah satu manfaat yang mungkin ramai orang terlepas pandang ialah kita sebenarnya membina disiplin kita dengan menguasai kehendak/nafsu kita sendiri. Berapa ramai orang sebenarnya telah gagal apabila berhadapan dengan nafsu mereka?

Ramai.

Tak ramai yang boleh dengan bangganya berkata saya dapat mengawal diri saya daripada melakukan perkara-perkara yang kurang elok. Walaupun kita tidak cakap kepada orang lain, tapi kita boleh cakap kepada diri kita sendiri bahawa setiap hari anda cuba berhenti, setiap harilah anda membina disiplin diri anda.

Disiplin ini boleh membantu anda dalam mengejar cita-cita atau hobi anda supaya dapat membuka pintu baharu untuk masa hadapan.

Bagi saya manfaat berhenti onani yang paling besar ialah kemampuan untuk lebih berdisiplin.

Disiplin ni macam otot; lagi banyak senam, lagi kuat otot tu.

Yang membezakan antara mereka yang berjaya dan kurang berjaya ialah orang berjaya biasanya mempunyai semangat kendiri yang lebih tinggi berbanding yang kurang berjaya.

Apabila anda mula berada di dalam perjalanan bernama “Langkah Pertama” ini, anda sebenarnya mengorak langkah ke dunia baharu yang dicipta oleh anda sendiri.

Lebih Banyak Masa

Pernah terfikir tak berapa banyak sebenarnya masa yang anda gunakan untuk menonton bahan lucah dan apa kesannya dalam hidup anda?

(Anda baca post ni mestilah anda tahu tentang kesannya kan? Yang anda nak tahu ialah macam mana nak berhenti dan gunakannya untuk ubah hidup anda).

Masa yang dibebaskan setelah anda berhenti menonton dan onani ini boleh digunakan untuk apa yang saya katakan sebagai pursuit of happiness.

Orang selalu cakap tentang betapa seronoknya mengejar impian dan bila anda sudah berhenti benda-benda sebegini, anda bolehlah menggunakan masa terluang untuk membina skillset yang baharu. Dengan skill yang baharu ni lah anda boleh “membeli” lebih banyak masa di masa hadapan nanti.

Dengan masa yang lebih banyak, anda boleh melakukan aktiviti-aktiviti seperti

  • meluangkan masa bersama keluarga atau orang yang tersayang
  • pergi melibatkan diri dengan NGO ataupun aktiviti kemasyarakatan
  • mungkin belajar bagaimana untuk menjaga diri dengan lebih baik
  • berjalan-jalan mencari pengalaman baharu

Keyakinan Lebih Tinggi

Salah satu manfaat apabila kita berjaya mencapai satu objektif hidup kita ialah kita akan semakin yakin dengan diri kita.

Salah satu kajian yang ditekan di dalam buku Smartcuts ialah apabila seorang doktor itu berjaya membedah seorang pesakit itu, dia akan meningkatkan lagi kejayaan untuk pembedahan seterusnya dan seterusnya.

Tapi menariknya ialah, kalau kita tengok orang lain gagal, kita akan belajar daripada perkara itu dan kadar keberangkalian untuk kita berjaya akan meningkat.

Itu yang terjadi apabila doktor bedah melihat pembedahan yang dilakukan oleh rakan-rakan mereka. Kita akan mendalami perkara-perkara atau lebih tepat, kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh orang lain dan cuba mengelak daripada melakukan perkara yang sama.

Keyakinan yang lebih tinggi dan lebih banyak masa membawa kita kepada manfaat berhenti onani seterusnya iaitu…

Mengorat Perempuan Menjadi Lebih “Asli”, Tidak Kekok dan Lebih Mudah.

Manfaat ini mungkin boleh dikatakan sesuai dengan lelaki tetapi sebenarnya perempuan pun boleh . Ini juga boleh diaplikasikan kepada wanita juga. Maksud saya ialah, apabila “mengorat” ini menjadi mudah, ini bermakna interaksi sosial menjadi lebih mudah.

Perasan kekok semakin kurang dirasai kerana keyakinan anda menjadi lebih tinggi hasil berjaya menawani nafsu sendiri.

Ramai lelaki takut untuk mendekati gadis yang diminatinya kerana satu sebab yang mudah: mereka takut ditolak. Penolakan itu yang menyebabkan ramai lelaki tidak mendekati seseorang gadis itu.

Lelaki takut ditolak kerana mereka tidak mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Keyakinan diri yang rendah menyebabkan mereka tidak mampu menerima penolakan gadis pilihan hati mereka.

Kalau anda perasan, tak ramai orang mengejar gadis-gadis  cantik kerana mereka takut gadis cantik ini menolak mereka. Selalunya orang akan memulakan langkah mereka melalui laman sosial seperti Facebook tetapi apabila dah tiba masanya untuk berjumpa, mereka kekok dan tidak menunjukkan kelakian mereka.

Mereka seperti takut sangat dan dengan muka merahnya tak tahu nak buat apa pada ketika itu.

(Tapi ada juga keadaan yang perempuan tu sendiri suka laki macam tu – kerana bila situasi ini terjadi, mereka tahu laki itu jarang keluar dengan perempuan dan tak jenis bermain-main dengan perempuan).

Tapi semua itu lihat kepada keadaan sebab setiap wanita adalah berbeza dan mereka mempunyai tahap-tahap yang berlainan. Ada yang lebih suka lelaki yang pandai cakap dan tak malu-malu sangat (sikit-sikit takpe).

Cuba tengok video di bawah yang menceritakan kenapa dia berhenti onani:

Menarik kan manfaat berhenti onani di atas?

Apa yang anda baca di atas hanyalah sebahagian daripada e-book Langkah Pertama. Anda boleh ketahui mengenai e-book itu di dalam blog post ini.

Untuk mengetahui bagaimana anda boleh berhenti melakukan onani selama-lamanya, klik butang di bawah.

Klik Sini Untuk Mulakan Langkah Pertama

 

 

Strategi Berhenti Onani

Post ini ditulis berdasarkan emel yang saya hantar kepada pelanggan emel Langkah Pertama. Emel ini percuma untuk dilanggani. Di dalam e-mel ini saya berkongsi tip-tip serta kajian untuk untuk berhenti daripada melakukan onani.

Anda juga boleh mendapatkan emel seperti ini dengan klik butang yang disediakan di bawah blog post ini.

Salam sejahtera,

Apa khabar semua? Sihat-sihat?

Hari ini saya sedang menyambung penulisan e-book Langkah Pertama.

Untuk sesiapa yang tak tahu atau sudah lupa, boleh pergi ke blog post saya di bawah untuk maklumat lanjut:

https://kokotiam.com/berhenti-melancap-gambar-lucah/

Input yang diberikan di dalam poll yang saya beritahu sebelum ini juga akan digunakan untuk memudahkan pembaca untuk mengubah dirinya ke arah yang lebih positif di dalam hidup ini.

Salah satu perkara yang saya sedar ialah kita mempunyai “inner demons” yang perlu kita tawan. Tapi perjalanan tersebut perlu diambil oleh kita semua dan kita tidak boleh menyuruh orang lain berlawan untuk kita.

TAPI, apabila kita mempunyai sokongan, itu yang akan memajukan diri kita untuk mencapai impian yang kita mahukan.

Sepanjang saya menulis e-book ini (saya harap dapat siapkan dan beri kepada anda sebelum akhir Febuari ini), saya telah berjumpa pelbagai strategi dan teknik yang dikatakan efektif untuk berhenti onani.

Salah satu strategi yang saya jumpa ialah 12 Langkah. Cuma 12 Langkah ini bukan untuk menangani masalah bahan lucah ataupun onani tetapi lebih kepada menangani alkohol. 12 Langkah ini menjadi asas kepada Alcoholics Anonymous.

Dan saya rasa kita pun boleh belajar daripadanya.

Cuba tengok ni (saya copy dan paste dari Wikipedia dan ditulis dalam bahasa Inggeris):

1. We admitted we were powerless over alcohol—that our lives had become unmanageable.

2. Came to believe that a power greater than ourselves could restore us to sanity.

3. Made a decision to turn our will and our lives over to the care of God as we understood Him.

4. Made a searching and fearless moral inventory of ourselves.
5. Admitted to God, to ourselves, and to another human being the exact nature of our wrongs.

6. Were entirely ready to have God remove all these defects of character.

7. Humbly asked Him to remove our shortcomings.

8. Made a list of all persons we had harmed, and became willing to make amends to them all.

9. Made direct amends to such people wherever possible, except when to do so would injure them or others.

10. Continued to take personal inventory, and when we were wrong, promptly admitted it.

11. Sought through prayer and meditation to improve our conscious contact with God as we understood Him, praying only for knowledge of His will for us and the power to carry that out.

12. Having had a spiritual awakening as the result of these steps, we tried to carry this message to alcoholics, and to practice these principles in all our affairs.

Cuba tukar alkohol dengan masalah yang dihadapi dan dalam konteks ini, ialah untuk berhenti daripada melakukan onani.

12 Langkah ini sesuatu yang menarik untuk dipraktikkan. Di dalam e-book Langkah Pertama saya muatkan senarai panjang sokongan yang kita boleh dapat untuk memastikan kita teguh berada dalam jalan memperbaiki diri kita.

Mungkin nanti bila ada bilangan yang cukup ramai kita boleh buat satu kumpulan tertutup di mana pelanggan emel ini boleh ceritakan kemajuan ataupun kegagalan setiap hari dan mendapatkan sokongan moral untuk terus maju ke hadapan.

Salah satu perkara yang saya kagum dengan orang Barat ini ialah mereka mempunyai kumpulan sokongan yang mahu membantu orang lain dengan masalah mereka.

Jadi mungkin nanti kita boleh mulakan satu untuk negara kita ini. Kita sokong apa yang boleh. Sokong untuk berubah ke arah yang lebih positif.

Satu lagi, anda boleh membalas emel ini dan boleh berborak di dalam emel. Sekurang-kurangnya ada cara untuk anda menceritakan keadaan anda dan bagaimana saya boleh membantu.

If you’re trying to achieve, there will be roadblocks. I’ve had them; everybody has had them. But obstacles don’t have to stop you. If you run into a wall, don’t turn around and give up. Figure out how to climb it, go through it, or work around it.
— Michael Jordan

Jika anda ingin mendapat e-mel sebegini, anda boleh klik butang di bawah dan ikut arahan yang diberi.

Dapatkan Emel Yang Boleh Bantu Anda Berubah

 

Cara Berhenti Onani, Menonton Video & Gambar Lucah

Dalam ni saya ceritakan cara berhenti onani. Tapi sebelum tu saya nak tanya. Anda serius nak berhenti buat semua tu?

Kalau serius, dah tengok kesan tengok gambar lucah dan onani? Dalam tu anda boleh tahu kesan-kesannya ke atas diri anda.

Ya, ada juga perempuan yang menonton video dan gambar lucah serta melakukan onani. Tapi, jangan bimbang, tip-tip yang saya berikan di bawah ini boleh diaplikasikan kepada perempuan ataupun lelaki.

Dah sedia nak tahu apa yang anda boleh buat untuk berhenti tengok gambar lucah?

Continue reading “Cara Berhenti Onani, Menonton Video & Gambar Lucah”

Kesan-Kesan Menonton Bahan Lucah Pada Diri Anda

Pernah tak anda tertanya-tanya… Apa kesan tengok gambar-gambar dan video-video ini kepada anda?

Hari ini jom kita bincang perkara serius. Hari ini ialah hari kita akan membincangkan topik yang jarang dibincangkan secara ilmiah terutama sekali di Malaysia: gambar dan video lucah.

Ramai orang di Malaysia mempunyai ketagihan tetapi malu untuk mengaku perkara ini. Topik ini jarang sekali dibincangkan walaupun setiap bulan, 33,100 carian di Google mengenai topik ini dilakukan.

Itu TIDAK TERMASUK variasi perkataan berkaitan. Menurut kajian yang saya lakukan, terdapat 206 variasi perkataan lucah dilakukan di Google setiap bulan. Bayangkan betapa banyaknya carian dilakukan setiap bulan di Google untuk bahan sebegini.

Continue reading “Kesan-Kesan Menonton Bahan Lucah Pada Diri Anda”